Showing posts with label BRACES. Show all posts
Showing posts with label BRACES. Show all posts

Sunday, 31 January 2016

SEPARATOR TERCABUT.

Post lepas aku dah cerita pasal kos tertipu aku tu kan? So sekarang aku nak move on dari kekecewaan aku tentang penipuan itu dan cerita pengalaman braces aku.

Masa mula-mula aku nak pasang braces ni perasaan aku kemain teruja lagi, sampai tak boleh nak lelap mata lah malam tu nak tunggu pagi esok nak pergi klinik. Sebelum pergi klinik braces tu, aku siap-siap pergi buat xray sebab klinik gigi aku ni takda xray. Kos xray aku dekat Klinik Gigi Smile, Taipan RM100.

Lepas buat xray tu, aku pergi klinik braces dekat sunway. Doktor tu tengok xray aku tak ada apa-apa masalah terus dia proceed nak cabut gigi aku 4 batang. Atas 2 batang. Bawah 2 batang. Dia cakap cabut harini 2 batang gigi dulu nanti datang lagi 3 hari cabut 2 batang gigi lagi. Lepastu, baru boleh pasang separator. Gigi aku ni kena pasang separator ye sebab rapat sangat. Ni la rupa separator tu dalam mulut lepas dipasang. Aku kena pasang kiri kanan atas bawah.



Tapi disebabkan hati aku ni kental dan bersemangat waja. Aku suruh doktor tu cabut gigi aku 4 batang sekaligus supaya aku kena tahan sakit sekali je. Tak payah la aku tahan sakit untuk 2 batang gigi harini, lepas 3 hari kena tahan sakit lagi. Dan aku suruh doktor tu terus pasangkan separator kat gigi aku sebab aku nak datang lagi 3 hari terus pasang gigi besi pulak hahahaha dasar tak sabar.

Skala kesakitan untuk cabut gigi adalah kesakitan tahap 6. Skala kesakitan untuk separator pulak adalah kesakitan tahap 10. Bagi aku cabut gigi tu takdalah sakit sangat cuma perasaan nak muntah yang tinggi sebab darah keluar banyak gila. Kau cabut gigi sebatang pun darah dah melimpah ruah ini kan pula 4 batang gigi :") Tapi kesakitan separator ni memang sakit+annoying nak mati. Benda alah separator ni dipasang untuk bagi ruang dekat gigi supaya braces yang last sekali boleh sumbat masuk dalam gigi geraham dan hold gigi-gigi yang lain. Lepas pasang separator ni kau akan rasa macam ada daging yang terlekat dekat gigi.

Separator ni punya annoying kesakitan dia sampai aku amek keputusan malam tu, cabut separator tu supaya gigi aku dah tak mederita lagi. Aku cungkil benda tu keluar macam cungkil daging terlekat celah gigi hahahaha lepas cungkil baru aku gelabah eh boleh ke tidak pakai braces kalau separator tercabut macam ni. Haaaa tenang bro, kalau separator kau tertanggal nanti masa doktor nak pasang braces kalau gigi masih takda gap time tu dia akan gerudi sikit gigi kau , waktu tu tahan lah perasaan ngilu petala ke-7. Tapi lebih baik ngilu 5 saat dari sakit 3 malam :')


So, lepas 3 hari cabut gigi dan pasang separator aku datang balik klinik tu dan pasang braces. Lepas braces tu berada dalam mulut kau rasalah mulut kau membesar dan terjuih seperti seketol monkey. Setengah orang masa baru-baru ni mulut dia akan penuh dengan ulser sebab nak biasakan mulut dengan bendasing kan. Kalau ada tajam tajam dalam mulut tu boleh la pakai wax yang doktor bekalkan.

Okay tu jelah pengalaman aku, kot kot siapa terbaca post aku ni and nak tanya apa-apa boleh lah drop komen dekat bawah and aku akan cuba jawab. Akhir kata, sila bertabah kalau makan roti lepas pasang braces hahahahaha okaylah tu je bye.

Friday, 29 January 2016

BRACES

Aku mula pakai braces bulan Januari 2015. Kiranya dah setahun lah aku pakai braces ni. Gigi aku masih ada gap, sebab aku selalu ponteng appointment dengan doktor gigi. Aku ni belajar memang 100% guna biasiswa MARA, penjagaan braces aku pun guna biasiswa ni lol kadang-kadang bila aku terlebih ikut nafsu dan kekurangan duit, aku akan skip appointment. Jadi mengikut firasat aku, gigi besi ni akan duduk dalam mulut aku dalam jangkamasa yang lama lagi. Ugh. Tapi aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita pengalaman aku cari klinik braces murah.

Aku mula nak pakai braces ni lepas ada dua tiga orang kawan aku cakap direct gigi aku agak kedepan sikit (jongang) walaupun tak obvious tapi still akan perasan kalau aku senyum tunjuk gigi. Ini membuatkan konfiden aku nak ber-selfie dengan lebih kerap telah turun dengan mendadak. 

Setelah aku google setiap hari selama 3 4 bulan (yes aku memang kalau nak sesuatu sampai kemaruk aku buat) aku jumpa satu klinik gigi murah dekat sunway. Klinik gigi DR.KAUR. Aku baca dekat blog Farha (amawife.blogspot.my.) Aku pun buat keputusan pergi klinik ni. Satu, deposit murah. Dua, dekat dengan rumah aku. Tiga, dia boleh pasang cepat. Selang beberapa hari kau boleh pakai gigi besi dah. Tapi........

Gambar ini dari belog yang aku survey tu




Ha tapi aku menyesal giler buat dekat klinik gigi ni. Stress aku. Sebab aku rasa macam kena tipu lol tu lah tak sabar sangatkan. Dah survey pun terrrr kena bayaran mahal. Okay cerita dia macam ni, aku telepon klinik gigi tu masa bulan Disember 2014 time tu dia cakap harga braces RM3900. Tahun depan harga braces kat klinik tu akan naik tapi kalau aku datang sebelum 15 Januari harga braces masih sama. Dan dia pesan siap-siap suruh bawak x-ray gigi masa nak datang nanti sebab dekat klinik gigi dia takda xray.

So, masa 4th Januari sebelum pergi pasang braces, aku pun pergi buat xray gigi dekat klink Gigi Smile area Taipan, Subang Jaya. Dorang charge RM100 dan kau akan dapat result xray dalam cd je. Lepas je buat xray gigi tu, aku pun sap sap soi pergi klinik Dr.Kaur ni, so dia tengok gigi aku dan dia terus cakap "okay cabut gigi 4 batang. 2 gigi atas. 2 gigi bawah." Dia tak explain pun pasal bayaran. Tapi sebelum aku cabut gigi tu aku tanya dia, harga macam mana dia cakap "Sama mcm you call haritu la. Haritu you ada call kan? Sebab I nampak you terus bawak xray ni." So aku expect harga braces still RM3900. Aku kena charge sebatang gigi RM80. Lepas cabut gigi aku pun tanya bayar deposit berapa blablabla. RM1200 deposit aku. Ini tak termasuk cabut gigi, modul gigi dan xray ke apa ye. RM1200 tu hanya lah deposit braces.

So sepatutnya calculation dia beginilah kan:
RM3900 - RM1200 = RM2700

Dari pembacaan aku dekat tempat lain, yang aku tahu aku kena bayar baki RM2700 tu je la nanti kan? Tapiiiiiii aku telah tertipu di sini hahahaha. Aku sebenarnya datang on Januari 2014 tu, harga braces kat klinik tu dah naik tapi dia tak bagitahu aku. Harga braces dah naik jadi RM4300 :') Lepastu deposit braces yang RM1200 tu tak akan tolak pun dari harga RM4300 tu :') :') So kiranya aku punya braces bukan lah harga RM3900. Bukan juga RM4300. TAPI RM4300 + RM1200 = RM5500. Kau paham tak perasaan survey berbulan bulan nak harga braces murah tapi tertipu dek non oiii. Benda ni pun aku tahu lepas bulan ke-5 aku gi appoinment :') sebab bila aku tanya baki bayaran baru dia explain dekat aku :')))))) Aku pun pasrah dan menyerah semenjak haritu.

So conclusion nya, kalau kau pergi klinik nak pasang braces tu. Tanya lah elok-elok cukup-cukup dan padat-padat supaya rasa tak tertipu. Tujuan aku cerita ni bukan nak buruk-burukkan klinik gigi tu mahupun diri sendiri hahahaha tapi aku nak korang bertenang dan tak mengelabah macam aku lalu ditipu. Kecewa kau paham tak kecewa.