Post lepas aku dah cerita pasal kos tertipu aku tu kan? So sekarang aku nak move on dari kekecewaan aku tentang penipuan itu dan cerita pengalaman braces aku.
Masa mula-mula aku nak pasang braces ni perasaan aku kemain teruja lagi, sampai tak boleh nak lelap mata lah malam tu nak tunggu pagi esok nak pergi klinik. Sebelum pergi klinik braces tu, aku siap-siap pergi buat xray sebab klinik gigi aku ni takda xray. Kos xray aku dekat Klinik Gigi Smile, Taipan RM100.
Lepas buat xray tu, aku pergi klinik braces dekat sunway. Doktor tu tengok xray aku tak ada apa-apa masalah terus dia proceed nak cabut gigi aku 4 batang. Atas 2 batang. Bawah 2 batang. Dia cakap cabut harini 2 batang gigi dulu nanti datang lagi 3 hari cabut 2 batang gigi lagi. Lepastu, baru boleh pasang separator. Gigi aku ni kena pasang separator ye sebab rapat sangat. Ni la rupa separator tu dalam mulut lepas dipasang. Aku kena pasang kiri kanan atas bawah.
Tapi disebabkan hati aku ni kental dan bersemangat waja. Aku suruh doktor tu cabut gigi aku 4 batang sekaligus supaya aku kena tahan sakit sekali je. Tak payah la aku tahan sakit untuk 2 batang gigi harini, lepas 3 hari kena tahan sakit lagi. Dan aku suruh doktor tu terus pasangkan separator kat gigi aku sebab aku nak datang lagi 3 hari terus pasang gigi besi pulak hahahaha dasar tak sabar.
Skala kesakitan untuk cabut gigi adalah kesakitan tahap 6. Skala kesakitan untuk separator pulak adalah kesakitan tahap 10. Bagi aku cabut gigi tu takdalah sakit sangat cuma perasaan nak muntah yang tinggi sebab darah keluar banyak gila. Kau cabut gigi sebatang pun darah dah melimpah ruah ini kan pula 4 batang gigi :") Tapi kesakitan separator ni memang sakit+annoying nak mati. Benda alah separator ni dipasang untuk bagi ruang dekat gigi supaya braces yang last sekali boleh sumbat masuk dalam gigi geraham dan hold gigi-gigi yang lain. Lepas pasang separator ni kau akan rasa macam ada daging yang terlekat dekat gigi.
Separator ni punya annoying kesakitan dia sampai aku amek keputusan malam tu, cabut separator tu supaya gigi aku dah tak mederita lagi. Aku cungkil benda tu keluar macam cungkil daging terlekat celah gigi hahahaha lepas cungkil baru aku gelabah eh boleh ke tidak pakai braces kalau separator tercabut macam ni. Haaaa tenang bro, kalau separator kau tertanggal nanti masa doktor nak pasang braces kalau gigi masih takda gap time tu dia akan gerudi sikit gigi kau , waktu tu tahan lah perasaan ngilu petala ke-7. Tapi lebih baik ngilu 5 saat dari sakit 3 malam :')
So, lepas 3 hari cabut gigi dan pasang separator aku datang balik klinik tu dan pasang braces. Lepas braces tu berada dalam mulut kau rasalah mulut kau membesar dan terjuih seperti seketol monkey. Setengah orang masa baru-baru ni mulut dia akan penuh dengan ulser sebab nak biasakan mulut dengan bendasing kan. Kalau ada tajam tajam dalam mulut tu boleh la pakai wax yang doktor bekalkan.
Okay tu jelah pengalaman aku, kot kot siapa terbaca post aku ni and nak tanya apa-apa boleh lah drop komen dekat bawah and aku akan cuba jawab. Akhir kata, sila bertabah kalau makan roti lepas pasang braces hahahahaha okaylah tu je bye.
